Syed Abu Bakar
Guru Besar 1965-1966
Hasil dari satu sembang-sembang petang di rumah Allahyarhamah Puan Sarimah, Ketua Wanita Umno Sik,akhirnya menjadi realiti penubuhan sebuah sekolah menengah untuk anak-anak Sik.Menyedari begitu ramai yang tercicir dan tidak berkeupayaan untuk melanjut pelajaran menengah ke Bedong, Sungai Petani, Kulim atau Alor Setar, harus ada sebuah menengah bagi menempatkan anak-anak tempatan lepasan sekolah enam.
Sejajar dengan dasar kerajaan waktu itu, satu bentuk pelajaran yang disebut sebegai "Lanjutan", Syed Abu Bakar, Guru Besar, Sekolah Inggeris Sik telah diberi tugas oleh Jabatan Pelajaran Negeri Kedah dan juga Kementerian Pelajaran untuk menyiapkan satu kertas cadangan penubuhan sekolah menengah di Sik.
Syed Abu Bakar mempercepatkan setahun awal dari cadangan asal iaitu 1966. Syed Abu Bakar mencadangkan Sekolah Melayu Sik, Sekolah China dan Sekolah Inngeris dijadikan lokasi sementara penempatan pelajar.
Bulan Ogos 1964 menjadi bulan yang cukup sibuk bagi Syed Abu Bakar. Dia membuat bancian jumlah muird yang bakal menduduki tingkatan satu dari Belantik hingga ke Tupai dan Danglau hingga ke Cepir. Dengan dibantu oleh Dollah Renjong dan beberapa orang sukarelawan Syed Abu Bakar berjaya membuat fokus jumlah murid dan guru yang diperlukan.
Bulan Oktober 1964, Syed Abu Bakar yakinkan pegawai di jabatan dan kementeria yang Sekolah Menengah Sik sedia beroperasi awal tahun 1965. Keyakinan Syed Abu Bakar menjadi kenyataan. Sebelum cuti sekolah penggal ketiga 1964, Syed Abu Bakar mula mengedar borang-borang kemasukan murid ke sekolah-sekolah sekitar Daerah Sik dan Kuala Muda ( Sekolah Jeniang).
Januari 1965 impian menjadi kenyataan. Sekolah China, Sekolah Melayu Sik waktu petang didatangi murid lepasan darjah enam.
Guru-guru seperti Wan Azmi Ariffin, Ramalalinggam, Azmi Kassim, Alias Salleh dan beberapa nama lagi bertemu muka dengan anak-anak murid yang majoriti bercakap dengan loghat " Jerman"